Satu persoalan yang memberikan gambaran menyeluruh kepada golongan individu yang baru sahaja menceburi bidang Forex ini.
Keadaan ekonomi di Sabah khususnya sangat tenat. Kelembapan ekonomi, kos barangan harian makanan tinggi yang boleh disamakan dengan harga jualan diluar negara namun gaji yang kecil menghadkan kuasa beli yang secara tidak langsung meningkatkan kadar inflasi.
Namun begitu, keadaan ini akan berubah 100% apabila seseorang individu itu bertekad untuk menjadikan Forex sebagai lubuk pendapatan hidup. Ini kerana melalui Forex, duit akan datang tanpa henti dan tiada had limit. Walau bagaimanapun, keadaan disebaliknya juga boleh berlaku jikalau seseorang individu itu tidak mengikut atau tidak mematuhi cara melakukannya dengan betul.
Apa yang menjadi persoalan ialah sejauh manakah ilmu dan pengalaman individu didalam Forex itu akan dapat dilihat dan difahami hasilnya melalui pendapatan dalam sehari, seminggu, sebulan, setahun atau bertahun-tahun.
Mereka yang menceburi didalam bidang Forex ini sememangnya inginkan pendapatan yang besar namun demikian, keinginan itu haruslah selari dengan pengorbanan yang dilakukan melalui kesungguhan untuk menguasai dan mendalami ilmu, teknik-teknik atau kemahiran berniaga didalam Forex secara berpanjangan. Ini kerana anda akan sentiasa mempelajari benda-benda baru didalam Forex atau lebih tepat lagi adalah tentang kebolehan untuk melihat personaliti diri-sendiri dengan lebih jelas.
Disini ingin saya nyatakan secara ringkas tentang Kebaikan dan Kekurangan menjadi seorang Forex Trader.
Kelebihan
- Anda akan menjadi peka terhadap keadaan ekonomi dunia yang mempunyai kaitan dengan matawang pilihan anda.
- Anda akan sentiasa rajin mengikut perkembangan berita politik dan ekonomi kerana kedua-dua faktor ini saling berhubungkait dengan pergerakan kerancakan matawang pilihan anda.
- Menjadi lebih bertanggungjawab didalam pengurusan kewangan.
- Menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan bermotivasi.
- Topik perbualan lebih menjurus kepada keadaan ekonomi dan politik.
- Bebas daripada beban rantai hutang yang selama ini mengikat kebebasan diri.
- Lebih berani bersuara kerana tidak khuatir tentang punca pendapatan.
- Dapat memakbulkan impian yang selama ini hanya hadir didalam mimpi.
- Memiliki kekayaan yang selari dengan usaha.
- Standard ataupun taraf hidup berubah.
- Dan anda boleh bantu untuk senaraikan kelebihannya apabila anda mengalami dan mendapat manfaat kelebihannya.
Kekurangan
- Anda akan sentiasa tertekan (stress) kerana tidak mendapat keuntungan didalam Forex atas sebab sentiasa "Margin Call (MC)".
- Duit pendapatan bulanan bekerja habis kerana Forex setiap bulan.
- Hilang motivasi.
- Sentiasa berharap dengan "Tuah ataupun Nasib" didalam Forex.
- Menjadi seorang "Penjudi" yang berharap dapat pendapatan besar dalam sekelip mata setiap hari.
- Sentiasa menyalahkan market kerana tidak ikut tafsiran untuk melindungi kesilapan diri.
- Semua keinginan didalam mimpi kekal menjadi mimpi.
- Dan anda boleh bantu untuk senaraikan kekurangannya berdasarkan kepada pengalaman diri.
Ini adalah diantara Kelebihan dan Kekurangan yang wujud didalam Forex. Semua ini sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri. Sejauh mana anda serius didalam Forex akan memperlihatkan Kelebihan dan Kekurangannya itu.
Forex tidak susah tetapi ia tidak juga begitu senang.
Hasil Forex itu semuanya bergantung kepada diri kita sendiri dan itu adalah fakta dan nyata.
Artikel ini akan sentiasa dikemaskini untuk memasukkan isi kandungan yang terbaru agar artikel ini mampu memberikan kefahaman yang terbaik untuk orang.
Post a Comment