UK kini berada didalam situasi yang sangat kritikal dan genting kerana pada 29 Mar 2019 akan genap tempoh 2 tahun untuk negara mereka berpisah daripada Kesatuan Eropah (European Union) setelah satu Referendum telah dilakukan pada bulan Jun 2016.

Keputusan Referendum itu telah memutuskan bahawa rakyat UK ingin meninggalkan blok Kesatuan Eropah yang telah menyebabkan banyak hak-hak dan undang-undang UK disekat oleh Eropah.

Penyertaan UK didalam Kesatuan Eropah dilakukan melalui Referendum dan tindakan untuk meninggalkan Kesatuan Eropah juga dilakukan melalui Referendum.

Setelah mengimbas kembali rentetan sejarah perjalanan UK didalam Kesatuan Eropah, banyak kebaikan yang telah diperolehi namun tidak dapat dinafikan juga kekurangan, kelemahan dan keburukan yang telah berlaku sepanjang berada didalam blok tersebut.

Semasa Referendum dilakukan pada bulan Jun 2016, matawang Great Britain Pound (GBP) telah menyaksikan kejatuhan yang dahsyat namun setelah bulan demi bulan berlalu, GBP kini dilihat telah beransur-ansur kembali kepada momentum asal.

Walau bagaimanapun, pada 29 Mar 2019 ini bakal melihat keadaan dan situasi baru untuk UK.

Adakah UK akan secara rasminya keluar daripada Kesatuan Eropah atau masih lagi terikat?

Apakah kedudukan matawang GBP semasa dan selepas 29 Mar 2019?

17 juta rakyat UK ingin Kerajaan UK meninggalkan blok Eropah namun terdapat hampir separuh rakyat dan pemimpinnya membantah usaha tersebut.

Sebagai Forex Trader, perkembangan ini sungguh amat bermakna untuk diikuti perkembangannya jikalau berminat untuk berdagang dengan matawang GBP.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Bornean Forex Trader. Powered by Blogger.