Pasangan matawang GBPUSD telah jatuh teruk memecahkan rekod lama yang pernah direkodkan pada Januari 2009 dengan harga 1.3509. Kini, pasangan matawang telah berada pada rekod harga 1.2902. Antara faktor kepada kejatuhan nilai matawang GBP kepada USD adalah kesan daripada Brexit Referendum yang mana rakyat British memilih untuk tidak lagi mahu berada didalam Kesatuan Eropah atas dasar kepentingan negara mereka.
Lantas daripada itu, keyakinan pelabur-pelabur sedikit sebanyak telah tergugat daripada tindakan itu dan dunia telah menyaksikan matawang British telah jatuh. Ia ditambahkan lagi apabila Pusat Bank England telah menurunkan kadar faedah daripada 0.50% kepada 0.25%.
Ia telah menjadi tanda yang jelas bahawa British sedang menuju kepada kegawatan ekonomi. Walau bagaimanapun, British sangat terkenal dengan kebolehannya untuk menyelesaikan masalah dan mari kita bersama-sama mengikuti perkembangan mereka.
Halo, boleh saya minta kontak anda? bila anda berkenan, saya ingin mendiskusikan kerja sama. Terimakasih
ReplyDelete