Pada masa dahulu, ekonomi dunia berasaskan kepada sistem barter. Nilai sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan kepada samada ia berbaloi atau tidak dengan barang yang hendak ditukarkan. Tetapi, sistem ini mempunyai had yang ketara. Sekiranya anda tidak mempunyai nilai yang berbaloi untuk melakukan tukaran, anda tidak boleh dapat barang yang anda mahukan. Keadaan inilah yang menyebabkan manusia mencipta satu kaedah yang lebih berkesan dan diterima pakai oleh semua dalam melakukan aktiviti menjual dan membeli pada masa lampau.

Dalam kebanyakkan budaya dan ekonomi, apa sahaja boleh dianggap bernilai selagi ada permintaan terhadapnya. Dalam kes-kes tertentu, benda-benda seperti kulit binatang, jagung, gandum dan sehinggalah kepada kraftangan ditukarkan untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang lain. Akhirnya, piawai matawang menjadikan logam berharga seperti emas dan perak. Logam ini bukan sahaja diterima ramai sebagai satu kaedah pembayaran tetapi ia juga menjadi salah satu daripada kaedah yang digunakan untuk pelaburan.

Matawang syiling pada asalnya dibuat daripada logam yang digunapakai pada masa itu. Tetapi pada Zaman Pertengahan, pengenalan kepada matawang kertas mendapat penerimaan yang cukup meluas. Walaupun matawang kertas telah berjaya diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pilihan untuk urusan berdagang tetapi ianya masih lagi digunakan sebagai matawang asas pada zaman moden sekarang.

Sebelum bermulanya Perang Dunia I, banyak bank utama dunia membenarkan matawang mereka ditukarkan kepada emas. Tetapi setelah matawang kertas boleh ditukarkan kepada emas pada bila-bila masa, tidak ramai yang mengambil memanfaatkan terhadap amalan ini. Sebabnya, ramai yang selalu merasakan kerajaan tidak perlu menyimpan terlalu banyak simpanan emas di bank-bank pusat mereka.

Namun, dengan bertambahnya bekalan matawang kertas yang memasuki kitaran dan dengan kekurangan emas untuk menampungnya, maka terjadilah inflasi yang akan menjadikan sesebuah kerajaan itu tidak stabil. Semakin banyak kawalan terhadap tukaran matawang asing (Forex) dikenakan untuk mengawal kepentingan negara dan untuk mengelakkan pasaran daripada menjunam. Pada Julai 1944, semasa di penghujung Perang Dunia II,Perjanjian Bretton Woods telah dimeterai. Perjanjian itu telah menetapkan kadar tetapbagi tukaran matawang asing (Forex) yang dikaitkan / dihubungkan dengan dolar Amerika (USD).

Perjanjian Bretton Woods merupakan satu perubahan yang paling besar terhadap cara tukaran matawang (Forex) dijalankan di seluruh dunia. Ianya bermula pada penghujung Perang Dunia II dan perjanjian tersebut dimeterai antara Perancis, Great Britain dan Amerika. Perjumpaan tersebut telah diadakan di “United Nations Monetary and Financial Conference” dengan matlamat untuk membentuk satu undang-undang ekonomi yang baru.

Lokasi ini dipilih sebagai tempat perjumpaan kerana pada ketika itu hanya di Amerika sahaja perang tidak berlaku dan kebanyakkan negara-negara Eropah hampir musnah akibat perang. Sebelum Perang Dunia II berlaku, matawang utama yang menjadi perbandingan kebanyakkan negara-negara kewangan dunia adalah “British Pound” dari Great Britain.

Apabila tentera Nazi memulakan kempen ketenteraan mereka terhadap Britain, amalan ini telah bertukar disebabkan usaha keras mereka untuk melemahkan matawang Britain. Pasaran saham merudum pada tahun 1929 dan menyebabkan nilai dolar Amerika (USD) menjadi terlalu kecil. Namun, Perang Dunia II telah menstabilkan nilainya dan membantu menjadikannya satu paiwai kewangan yang digunapakai. Tujuan utama Perjanjian Bretton Woods adalah untuk mewujudkan kestabilan ekonomi di seluruh dunia supaya negara-negara di dunia ini dapat mengurus dan memantapkan kedudukan kewangan mereka.

Matawang utama dunia telah menjadi terikat dengan dolar Amerika (USD) dan nilainya boleh naik-turun hanya sebanyak 1% sahaja samada merendah ataupun meninggi. Sekiranya kadar tukaran sesuatu matawang itu telah melebihi tahap naik-turun yang dibenarkan, bank pusat sesebuah negara akan campurtangan dan akan mengembalikan kadar tukaran matawang kepada kadar yang telah ditetapkan.Dengan menghubungkan dolar Amerika (USD) dengan emas, yang pada ketika itu adalah $35 per auns, pasaran Forex juga mula stabil.

Di Persidangan Bretton Woods, John Maynard Keynes telah mencadangkan satu simpanan matawang dunia diwujudkan yang dilihat jauh lebih bagus daripada sistem yang dibina berdasarkan dolar Amerika (USD). Tetapi, cadangan itu dengan serta-merta ditolak.Kadar tukaran matawang akhirnya berjaya diselesaikan sekaligus untuk menolong mengekalkan nilai piawai emas dengan melaraskan nilai dolar pada harga semasa emas per auns dan kemudian melaraskan nilai matawang utama kepada dolar. Sistem ini bertujuan memberikan satu paiwai yang kekal pada penukaran matawang.

Pada sekitar tahun 1960an, ekonomi dunia telah mula bergerak kepada satu arah yang berlainan, meletak dan meningkatkan jumlah tekanan kepada sistem Bretton Woods. Melalui beberapa siri penyesuaian / pembaikan terhadap sistem itu, ia masih lagi berkesan sehingga kepada beberapa waktu. Namun, pada Ogos 1971, Presiden Amerika, Nixon, telah menggantungkan / memberhentikan penukaran matawang terhadap emas dan sistem itu lumpuh sepenuhnya. Pada masa tekanan semakin meningkat terhadap defisit dagangan dan perbelanjaan Amerika, dolar telah menjadi tidak stabil sebagai satu-satunya matawang antarabangsa.

Ujian pertama yang sebenarnya terhadap Perjanjian Bretton Woods adalah terhadap kadar naik-turun matawang yang cukup dramatik. Hasil tindak balas berantai ini diakhiri dengan tindakan President Richard Nixon meninggalkan piawaian emas pada tahun 1973. Dan tekanan yang berat terhadap pasaran dunia telah menyebabkan runtuhnya sistem kadar tetap yang membenarkan matawang mengapung dengan bebasnya.

Semenjak dari zaman purba Pharaoh lagi, telah wujud sistem berbentuk kewangan. Penggunaan matawang kertas dan resit yang pertama dikesan telah berlaku pada tamadun Babylon. Tukaran syiling yang pertama di antara pelbagai budaya telah dipraktikan oleh pengurup wang Timur Tengah. Tetapi pasaran Tukaran Matawang Asing ataupun dikenali sebagai Forex pada masa sekarang mula bertapak pada tahun 1973.

Ekonomi dunia mula berkembang apabila matawang kertas telah memudahkan urusan dana para padagang dan peniaga dalam membuat dan menerima bayaran. Bermula dari zaman pertengahan apabila sistem Forex buat pertama-kalinya wujud sehinggalah pada Perang Dunia I, pasaran menunjukkan kestabilan yang sama-rata dan tidak berlaku aktiviti-aktiviti spekulasi yang ketara.

Namun, selepas Perang Dunia I, aktiviti-aktiviti spekulasi bertambah seiring dengan ketidakstabilan pasaran Forex yang ketara. Masyarakat awam dan juga institusi-institusi kewangan mula melihat sistem Forex sebagai tidak menguntungkan. Permansuhan terhadap piawaian emas semasa Zaman Kemelesetan pada tahun 1931 telah mewujudkan kemerosotan yang serius dalam aktiviti-aktiviti Forex.

Pasaran telah melalui beberapa siri perubahan yang telah mewujudkan kesan yang besar terhadap ekonomi dunia di antara tahun 1931 sehingga 1973. Terdapat terlalu sedikit aktiviti spekulasi di dalam pasaran Forex pada tahun-tahun ini. Tetapi sekarang ini, pasaran Forex merupakan salah satu pasaran yang mempunyai pertumbuhan yang cukup pantas di seluruh dunia. Pada tahun 1998, dapat dilihat purata pelabur yang melakukan pelaburan pada hari-hari pasaran dibuka melebihi 100 kali ganda pada keseluruhan pasaran saham.

Selepas keruntuhan “Europeon Joint Float” dan ‘Smithsonian Agreement”, pasaran tukaran matawang asing (Forex) telah melakukan penukaran secara rasmi kepada sistem pasaran apungan bebas. Walaupun sistem apungan bebas ini dipilih berdasarkan tidak ada pilihan lain yang lebih berkesan, ianya tidak menjadi satu sistem yang mesti digunakan. Ini memberikan kebebasan kepada sesebuah negara untuk memilih samada menggunakan kadar tetap, separa tetap ataupun apungan bebas terhadap matawang mereka.

Matawang tetap (pegged) adalah merujuk kepada matawang yang mempunyai kadar tukaran berdasarkan matawang negara lain. Banyak negara-negara yang berekonomi kecil menetapkan / manyandarkan matawang mereka dengan matawang negara-negara yang berekonomi besar yang mereka anggap mempunyai ekonomi yang kukuh. Kebanyakkan negara-negara Caribbean seperti Jamaica, telah memilih untuk menetapkan / menyandarkan matawang mereka terhadap dolar Amerika.

Sejak tahun 1993, amalan yang menggunakan matawang separa tetap (semi-pegged)tidak lagi digunakan. “Europeon Monetary system”, EMS adalah contoh terbaik menunjukkan bagaimana matawang disepara tetapkan. Matawang negara-negara Eropah hanya dibenarkan untuk diapungkan pada kadar 2.25% sahaja dan dengan campurtangan bank sebanyak 6%. Apabila krisis tukaran matawang asing (Forex) berlaku pada tahun 1993, EMS telah menambah kadar campurtangan bank mereka kepada 15%. Apabila matawang telah hampir kepada tahap maksima yang dibenarkan, separa tetap akan mengurangkannya.EMS telah menukar matawang separa tetap mereka kepada nilai matawang tetap pada tahun 1999 yang membentuk matawang EURO.

Apabila matawang utama dunia seperti dolar amerika (USD) dirujuk sebagaiapungan bebas, ini bermaksud nilainya tidak bergantung kepada nilai matawang-matawang lain. Nilai ditentukan berdasarkan kepada penawaran dan permintaan terhadap matawang tersebut dan tidak ada pelarasan terhadap piawaian campurtangan kerajaan yang perlu diambil perhatian. Matawang apungan bebas boleh didagangkan oleh sesiapa sahaja dan merupakan pilihan yang paling popular dalam dagangan.

Pada tahun 1980an, selari dengan perkembangan komputer dan teknologi, pergerakan modal telah bergerak laju merentasi sempadan. Pergerakan ini telah meluaskan lagi pasaran ke zon-zon masa Amerika Syarikat, Asia dan juga Eropah. Dengan adanya teknologi baru, ia membolehkan pelabur perseorangan memasuki pasaran yang suatu ketika dahulu didominasi oleh institusi-institusi besar dan bank-bank. Semasa tahun 1980an, transaksi tukaran matawang asing (Forex) adalah sekitar $70 juta sehari, hanya selepas dua dekad, ianya telah melambung naik ke $1.5 trilion setiap hari dan jumlah spekulasinya mencapai sehingga 95%.

Sepanjang dekad sebelum ini, dagangan tukaran matawang asing (Forex) terus berkembang kepada pasaran global yang terbesar di dunia. Kebanyakkan negara telah memansuhkan semua halangan terhadap pergerakan modal dan membiarkan pasaran bergerak bebas untuk membetulkan kadar tukaran matawang asing (Forex) berdasarkan kepada nilai tanggapan masing-masing. Tetapi, amalan menggunakan sistem tukaran kadar tetap tidak akan sama-sekali berhasil.

Satu sistem kadar tukaran tetap yang baru telah diperkenalkan oleh EEC pada tahun 1979, iaitu “European

Monetary System”. Tetapi, percubaan untuk membetulkan / memulihkan kadar tukaran matawang ini hanya hampir-hampir berjaya sekitar tahun 1992 dan 1993 bila berlakunya tekanan ekonomi yang menyebabkan penurunan nilai matawang-matawang Eropah. Eropah meneruskan usaha untuk menstabilkan matawang mereka bukan sahaja dengan memulihkannya sahaja tetapi dengan menggantikan kebanyakkan matawang mereka dengan Euro yang bermula pada tahun 2001.

Pada tahun 1998, projek ini telah menjadi hampir berjaya dan tahap kadar tukaran serta struktur akhirnya telah ditentukan. Walaubagaimanapun, dalam tempoh tiga tahun itu, negara-negara yang mengalami penurunan nilai matawang mungkin akan diserang dengan sedikit risiko sebelum fasa akhir Euro diperkenalkan pada alaf baru ini.

Kejadian yang berlaku di Asia Tenggara pada lewat tahun 1997, telah meningkatkan lagi kekurangan yang terdapat pada kadar tukaran tetap yang diamalkan di sana. Selepas itu, satu persatu matawang di Asia Tenggara telah ditetapkan / disandarkan kepada dolar Amerika (USD) dan meninggalkan pengamal-pengamal kadar tukaran tetap yang lain kelihatan begitu lemah, terutamanya di negara-negara Amerika Selatan.

Kebelakangan ini, semenjak syarikat-syarikat perdagangan didedahkan dengan suasana matawang yang lebih cair, institusi-institusi kewangan dan para pelabur telah menemuai satu fokus yang baru. Pasaran tukaran matawang asing (Forex) telah menjadi lebih besar berbanding dengan pasaran-pasaran pelaburan yang lain yang wujud ketika ini. Setiap hari, dianggarkan lebih 1,200 billion dolar (USD) didagangkan. Jumlah ini melebihi jumlah kedua-dua pasaran bond dan pasaran saham dunia yang di gabungkan.

Garismasa Tukaran Matawang Asing:

1. 1944 – Perjanjian Bretton Woods diwujudkan selepas Perang Dunia II untuk membantu menstabilkan ekonomi dunia.

2. 1971 – Perjanjian Smithsonian diadakan untuk memberi ruang apungan yang lebih besar kepada matawang.

3. 1972 – Dalam usaha untuk mengurangkan tanggungan , komuniti Eropah telah bergantung kepada dolar Amerika (USD) dan European Joint Float diwujudkan.

4. 1973 – Penukaran rasmi kepada sistem matawang apungan bebas telah diadakan selepas kedua-dua European Joint Float dan Perjanjian Smithsonian gagal.

5. 1978 – Dalam usahasama untuk menolong negara-negara lain mendapatkan kebebasan dari kebergantungan terhadap dolar Amerika (USD), European Monetary System telah diperkenalkan.

6. 1978 – Secara rasminya sistem matawang apungan bebas telah mendapat mandat dari IMF.

7. 1993 – Sistem matawang apungan bebas telah diperluaskan ke seluruh dunia setelah European Monetary System gagal.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Bornean Forex Trader. Powered by Blogger.